Huawei Watch D3 Dengan Pengesan Tekanan Darah Mekanikal Dilancarkan

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 03 Sep 2026 10:30:52

Beberapa tahun lalu Huawei Watch D dilancarkan sebagai jam tangan pintar dengan pengesan tekanan darah terbina pada tali jam pertama dunia. Minggu ini Huawei Watch D3 pula dilancarkan sebagai versi kemas kini dengan rekaan tubuh dan pengesan tekanan darah mekanikal yang lebih nipis.

Dengan pengesan darah mekanikal terbina pada tali jam, bacaan tekanan darah yang lebih tepat mampu dilakukan. Ini akan membolehkan beberapa simptom penyakit berbahaya dikesan juga lebih awal. Menurut Huawei rekaan tali jam kini lebih menyerupai tali jam silikon biasa bagi meningkatkan keselesaan serta ianya lebih nipis.

Penjejakan tekanan darah 24 jam sehari dapat dilakukan termasuk ketika tidur. Selain itu terdapat ciri lazim jam tangan pintar seperti membaca nadi, oksigen dalam darah, tahap stres, penjejakan tidur, ECG dan pengesanan A-Fib. Beberapa aktivititi sukan juga boleh dijejaki oleh jam secara automatik.

Jam hadir dengan skrin 1.92″ AMOLED, butan fizikal pada sisi, dan bateri yang boleh bertahan sehingga 6 hari dengan sekali caj. Panggilan telefon juga boleh dilakukan menerusi tambatan bluetooth bersama dengan sokongan NFC. Tetapi kerana wujudnya pembaca tekanan darah mekanikal, Huawei Watch D3 tidak boleh dibawa berenang ataupun mandi.

Di Eropah seutas Huawei Watch D3 dijual pada harga £400 (~RM 1638) dalam warna Black, Gold dan Mocha Gold.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts