iPhone Handoff Membolehkan Dua iPhone Berkongsi Satu SIM

by Oh! Semput


1
SHARES
12
VIEWS
Posted on 04 Sep 2026 03:31:01

Di WWDC pada bulan Jun lalu, Apple mengumumkan ciri dua iPhone boleh berkongsi menggunakan satu SIM menerusi iOS 27. Dengan pelancaran iPhone 18 semakin hampir, kita akhirnya mengetahui ia akan menggunakan nama iPhone Handoff.

Kita mulakan dengan berita baik dimana proses menggunakan SIM pada iPhone sekunder boleh dilakukan dengan pantas dengan menekan beberapa butang pada telefon utama. Berita buruk pula ialah ia hanya boleh dilakukan menerusi eSIM sahaja serta memerlukan sokongan oleh syarikat telekomunikasi.

Dikhabarkan setakat ini T-Mobile dan Deutsche Telekom akan menyokong iPhone Handoff selepas dilancarkan. Masih juga belum diketahui sama ada ciri ini akan disokong model iPhone lama ataupun eksklusif untuk siri iPhone 18 sahaja setakat ini.

MacRumors

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts