Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh Oleh Wanita VIP

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 02 Sep 2016 07:00:03

Gara-gara menolak pelawaan untuk berjumpa, Remy Ishak didakwa telah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan. Menurut sumber, Remy telah menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi oleh seorang lelaki yang juga dipercayai merupakan orang suruhan wanita VIP berkenaan yang berang dengan tindakan Remy yang enggan berjumpa.

BACA: Remy Ishak Naik LRT Bukan Untuk Raih Perhatian

“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan. Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya. Malah beliau juga pernah membuat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya kepada Projek MMO.

Bagaimanapun, Remy dikatakan sempat merakamkan perbualan beliau bersama lelaki terbabit dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya. Setelah ditanyakan mengenainya, Ketua Polis Serdang, ACP Megat Alias ketika dihubungi telah mengesahkan laporan terbabit dan memberitahu pihaknya kini sedang berusaha untuk membuat siasatan.

Sementara itu, memetik sumber berkenaan juga, kejadian ini dilaporkan berpunca daripada seorang wanita dari pantai timur yang mengajak Remy untuk menjalankan perniagaan pada Mei lalu. Namun begitu, Remy memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas kejadian itu dengan lebih lanjut kerana ingin menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. (rkty/w)

2- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 3- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 4- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 5- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 6- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 7- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg

SUMBER ASAL

Women Bra push up bra lingerie
Women Bra push up bra lingerie
Shop Now
MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts