by Oh! Semput
Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah mencuri perhatian ramai selepas tular satu video memaparkan dirinya seolah-olah bertengkar dengan seorang pelayan di sebuah restoran terkenal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah dilihat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterimanya sehingga mencetuskan suasana tegang.
Situasi tersebut turut menyebabkan ahli keluarganya termasuk ibu, Eina Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil menenangkan keadaan.
Namun, apa yang berlaku sebenarnya hanyalah satu usikan yang dirancang bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ibunya.
Malah, bukan sahaja Eina yang terkejut dengan tindakan Didi, malah Syed Saddiq juga dilihat terpinga-pinga sebelum mengetahui perkara sebenar.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen mengakui terhibur dengan usikan berkenaan dan memuji Eina yang dilihat menegur anaknya terlebih dahulu walaupun kesilapan itu dipercayai dilakukan oleh orang lain.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat gurauan tersebut kurang sesuai dan berlebihan sehingga membuatkan Syed Saddiq kelihatan tidak selesa dengan situasi yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Jagalah Nama YB, Perangai Macam Rempit” – ‘Prank’ Hari Jadi Keluarga Bella Astillah Undang Kritikan Netizen, Syed Saddiq Seakan Tidak Selesa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.