JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 15 Oct 2026 11:00:19

Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan EV Connection Sdn. Bhd. (JomCharge) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan sekurang-kurangnya 1,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Selangor dalam tempoh 24 bulan.

Menerusi kerjasama ini, JomCharge akan bertanggungjawab melabur dan membangunkan infrastruktur pengecasan EV, manakala WHB bertindak sebagai pengurus program strategik bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

Inisiatif tersebut menyokong sasaran kerajaan Selangor untuk menyediakan 4,000 stesen pengecas EV menjelang 2030, sekali gus memperluaskan akses kemudahan pengecasan kepada pengguna kenderaan elektrik di negeri berkenaan.

Majlis pertukaran dokumen MoU berlangsung pada 14 Oktober 2026 bersempena pembukaan Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis itu turut disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB, Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin, kerjasama tersebut merupakan langkah awal dalam mempercepat pembangunan rangkaian pengecasan EV yang lebih mudah diakses di Selangor.

WHB juga akan terus mendapatkan penyertaan pelabur dan rakan strategik lain bagi membantu mencapai sasaran 4,000 stesen pengecas EV menjelang 2030.

Kerjasama ini selaras dengan Selangor Agenda for Green Economy (SAGE), khususnya usaha memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik dan menyokong pembangunan pengangkutan rendah karbon.

Bagaimanapun, lokasi pemasangan, jenis pengecas serta kadar pengecasan yang bakal ditawarkan menerusi kerjasama ini masih belum diperincikan.

{suggest}

JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts