"Kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,” - Mia Sara

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 19 Oct 2016 04:00:44

Pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara Nasuha kini merupakan usahawan berjaya sebagai penjual tudung kanak-kanak.

Mia yang kini berumur 11 tahun telah mengalirkan air mata ketika menceritakan pengalaman sedihnya ketika mula berniaga dulu.

Pelakon cilik ini menceritakan kisah lamanya itu kepada hadirin di majlis pelancaran jenamanya itu bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun Mia masih lagi kecil, tetapi itu tidak menghalangnya untuk menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.

Pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan memang memeritkan.

Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Ini komen Mia:

“MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

“Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,”

“Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi.

“Tambahan selepas Mia diundang oleh TV Al-Hijrah dan berpeluang mempromosikan koleksi tudung saya, jualan tudung saya semakin mendapat sambutan,”

Mia Sara menahan dari mengalirkan lebih banyak air mata ketika mencerita perkembangan perniagaannya itu.

Mia Sara Nasuha sebelum ini membuat keputusan untuk berhijab dan berniaga menjual tudung.

Tahniah buat Mia Sara.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts