Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 10 Nov 2026 11:00:14

Satu penghantaran perkakasan milik NVIDIA yang dianggarkan bernilai AS$11.4 juta (~RM46 juta) dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Oakland, California ke Fort Worth, Texas.

Penghantaran tersebut terdiri daripada enam palet yang dipercayai mengandungi produk teknologi bernilai tinggi.

Menurut laporan, kargo itu diambil oleh sebuah lori yang memaparkan logo syarikat pengangkutan makanan pada 29 Ogos sebelum gagal dikesan beberapa hari kemudian.

Siasatan mendapati lori berkenaan membuat beberapa hentian yang agak lama sepanjang perjalanan sebelum isyarat pengesanannya hilang di kawasan San Bernardino County, California.

Kehilangan itu hanya dilaporkan kepada pihak polis Oakland pada 13 September, dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes berkenaan.

Pihak polis menyifatkan ia sebagai “grand theft” (kecurian besar) dengan pihak berkuasa dilaporkan masih belum mendedahkan jenis produk NVIDIA yang terkandung dalam penghantaran tersebut.

Ia mungkin melibatkan pemecut AI, kad grafik berprestasi tinggi, sistem pelayan atau perkakasan lain yang digunakan dalam industri kecerdasan buatan dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

Dengan nilai keseluruhan mencecah AS$11.4 juta, setiap palet dianggarkan bernilai sekitar AS$1.9 juta (~RM7.70 juta).

{suggest}

Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts