Kenapa Ramai Janda Makin ‘Function’ Lepas Cerai? Abby Abadi Kongsi Pendapat

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 06:32:48

Pelakon Abby Abadi tampil berkongsi pandangan mengenai wanita yang kembali bangkit selepas melalui ujian perceraian.

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu bertanya pendapat warganet selepas melihat ramai wanita yang bercerai mampu membina semula kehidupan dengan lebih baik berbanding ketika masih bergelar isteri.

Advertisement

Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, kemudian berpendapat bahawa ramai wanita sebenarnya banyak berkorban ketika dalam perkahwinan kerana terlalu menyayangi pasangan.

“Dari awal nak kahwin function teruk perempuan ni, cuma awal-awal terasa dunia milik dia, tak nampak masalah akan datang.”

“Dan sebab cinta itu buta, berkorbanlah segalanya. Duit yang ada pun pakai sama-sama, siap bagi pinjam lagi, tak dapat balik pun tak apa sebab kononnya cinta mati.”

Menurut Abby, selepas bercerai barulah seseorang wanita mula sedar bahawa segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak semestinya dihargai.

abby abdi

“Bagaimanapun, selepas bercerai wanita sudah mula menyedari bahawa pengorbanan mereka selama ini tidak dihargai.”

“Justeru, mereka akan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan meskipun tanpa sosok seorang suami. Tapi bila bercerai, baru nampak dan tersedar dari lamunan yang panjang.”

“Selama hari ini pengorbanan dia sia-sia. Buatlah baik macam mana pun, kalau dah pasangan tu ada yang lain, kau memang dia tak pandang dah. Bila bangkit jadi lagi function!”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Harith Iskander
2026-06-10 16:08:53

"Apa Masalah Awak Semua Kalau Wanita Berpakaian Ketat?" - Harith Iskander

Kenapa Ramai Janda Makin ‘Function’ Lepas Cerai? Abby Abadi Kongsi Pendapat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts