by Oh! Semput
Kerajaan menggalakkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai alternatif kepada Waze.
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dicadangkan berikutan penelitian terhadap risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat berkaitan penggunaan aplikasi Waze, yang terikat di bawah undang-undang Israel.
“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan data dan identiti rakyat. Justeru, Kerajaan memperkukuh ekosistem identiti bersepadu dengan MyKad sebagai kredensial fizikal dan MyDigital ID bagi urusan digital, disokong perlindungan siber yang lebih ampuh termasuk persediaan menghadapi ancaman masa hadapan melalui PQC,” katanya.
Perkara itu dimaklumkan selepas Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil. 3/2026 hari ini, yang bertujuan meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.
Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, persediaan menghadapi ancaman komputer kuantum melalui kriptografi pasca-kuantum (PQC), ancaman baharu berasaskan kecerdasan buatan autonomi serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.
Perbincangan merangkumi pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan… pic.twitter.com/mEGoBah8a4
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 20, 2026
Mengenai aplikasi TuJu pula, ia diperkenalkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada November tahun lalu. Aplikasi navigasi lebuh raya ini menyediakan maklumat perjalanan seperti anggaran masa ketibaan (ETA), pengiraan caj tol dan keadaan trafik masa nyata.
Pengguna juga boleh menyemak lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R), mengakses CCTV lebuh raya secara langsung serta mendapatkan bantuan kecemasan. TuJu turut diintegrasikan dengan aplikasi MyJalan bagi memudahkan pengguna melaporkan kerosakan jalan raya, lampu isyarat dan kerosakan lain.
{suggest}
Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze WISER.MY.