Lebih 100 Syarikat Termasuk Google, OpenAI, dan Anthropic Gesa Pertahanan Serangan Siber Dilakukan AI Dipertingkatkan

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 28 Aug 2026 03:31:07

Lebih 100 organisasi dan syarikat terkemuka dunia termasuk Google, OpenAI, Anthropic, Microsoft, Amazon, dan Oracle menandatangani surat menggesa sistem pertahanan ke atas serangan siber yang dilakukan oleh kecerdasan buatan (A) dipertingkat di peringkat global.

Ini adalah kerana serangan siber dilakukan oleh AI akan menjadi lebih meluas dan canggih dalam bulan-bulan mendatang. Akibatnya Infrastruktur penting seperti hospital, loji rawatan air, dan sistem internet berada dalam keadaan bahaya.

Antara cadangan yang dikemukakan dalam surat yang diterbitkan ialah organisasi perlu segera menangani kelemahan sedia ada, menaik taraf sistem lama, dan menggunakan AI untuk masalah keselamatan paling sukar. Syarikat keselamatan siber pula digesa menguji pertahanan mereka terhadap model AI rintis yang sedang dibangunkan dan menjadikan alat keselamatan berasaskan AI lebih mudah diakses.

Sementara itu kerajaan diminta menyelaraskan pertahanan di semua peringkat, meningkatkan dana, dan memperluas program akses dipercayai kepada model AI. Akhir sekali syarikat AI sendiri diminta menyediakan akses model, dana, latihan, dan sokongan langsung kepada pertahanan infrastruktur kritikal yang kekurangan sumber.

Walaupun gesaan serta saranan oleh lebih 100 syarikat dan organisasi ini adalah benar, ironi di sini ialah sistem AI yang melakukan serangan siber dibangunkan sendiri oleh syarikat AI tanpa berfikir mengenai impaknya terlebih dahulu.

Bulan lalu dunia dikejutkan oleh insiden model AI yang sedang dibangunkan OpenAI dan Athropic melakukan serangan siber tanpa diminta semasa sedang diuji. Serangan hanya dikesan beberapa hari selepas dilakukan dengan jayanya.

Model Anthropic Mythos pula disekat akses kepada umum selepas Anthropic menyedari kemampuannya mengesan kerentanan pada sistem yang kemudiannya boleh digunakan bagi tujuan serangan siber.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts