by Oh! Semput
Lovable, salah satu perkhidmatan sempoicara popular kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana berjumlah $400 juta, sekaligus menilaikan syarikat Lovable pada nilai $13.3 bilion.

Lovable membolehkan sesiapa sahaja membangunkan web dan aplikasi melalui penggunaan arahan teks. Selain membangunkan web dan aplikasi, Lovable turut menyediakan Lovable Cloud untuk mengehoskan aplikasi atau web yang dibangunkan.
Setakat ini, lebih 60 juta projek telah dibangunkan di Lovable, menyaksikan lebih 900 juta kunjungan penggunaan setiap bulan pada aplikasi dan web yang dibangunkan menggunakan Lovable.
Suntikan pelaburan kali ini disertai sejumlah pihak, termasuk gergasi internet dari China, iaitu Tencent.