by Oh! Semput
OpenAI sedia disaman oleh sejumlah pihak seluruh dunia, atas pelanggaran hak cipta dan penggunaan kandungan dalam melatih model AI mereka. Ini termasuk oleh sebuah agensi berita di India, iaitu ANI.
Namun, mengikut keputusan awal mahkamah India, ia dikatakan penggunaan kandungan ANI oleh OpenAI untuk melatih ChatGPT tidak membawa kepada pelanggaran hak cipta. Mengikut mahkamah, ANI gagal untuk menunjukkan yang mana ChatGPT telah menghasilkan semula laporan berita atas permintaan pengguna di platform ChatGPT. Hakim turut menyatakan storan kandungan berita milik ANI untuk melatih model ChatGPT adalah dilindungi dibawah pengecualian kegunaan wajar bagi penyelidikkan, dan tidak melanggar hak cipta.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak ANI akan melakukan rayuan atas keputusan ini atau tidak.
Sebelum ini, pada November 2024 yang lepas, ANI (Asian News International) telah memfailkan saman atas OpenAI atas penggunaan kandungan untuk melatih ChatGPT tanpa kebenaran atau sebarang bayaran. Ketika itu, ANI meminta pampasan sebanyak ₹2 crore (~RM850,000) dan juga arahan supaya OpenAI untuk tidak menggunakan kandungan mereka untuk tujuan latihan.