Makluman: Penutupan Sementara Operasi Tren Di Stesen JB Sentral

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 10 Jun 2026 11:30:21

alt

Menurut kenyataan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD):

Dimaklumkan bahawa operasi perkhidmatan tren di Stesen JB Sentral akan ditutup sementara pada 11 Jun 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran struktur truss untuk Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, penumpang yang terlibat bagi tren ETS EP9535 dan EG9449 akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas perantara yang disediakan antara Stesen Keretapi Kempas Baru dan JB Sentral.

Kawasan khas untuk menaikkan dan menurunkan penumpang akan disediakan di kedua-dua lokasi. Petugas serta ambassador turut ditempatkan di kawasan terlibat bagi membantu dan membimbing para penumpang.

Penumpang dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda serta arahan petugas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan sepanjang tempoh penutupan.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan kesabaran anda sepanjang pelaksanaan kerja-kerja Projek RTS Link amat dihargai.

SUMBER:

Facebook Rasmi APAD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts