BYD Malaysia Memilih Inokom Sebagai Rakan Strategik Pemasangan CKD

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 15 Oct 2026 14:01:52

BYD Malaysia kini melangkah ke tahap baharu strategi pasaran tempatan dengan memilih Inokom Corporation sebagai rakan pemasangan CKD. Pengeluaran akan dijalankan di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

Keputusan ini dibuat selepas menilai keupayaan pengeluaran sedia ada serta potensi pasaran Malaysia. Langkah ini bukan sahaja menutup cerita mengenai pembatalan rancangan kilang di Tanjong Malim malah turut menjawab persoalan yang sekian lama berlegar tentang siapa bakal menjadi rakan CKD BYD di Malaysia.

Difahamkan bahawa pemilihan Inokom bukanlah satu kebetulan. Sebaliknya, syarikat ini sudah lama dikenali dengan pengalaman luas dalam operasi pemasangan kenderaan, di samping turut memiliki tenaga kerja mahir serta kemudahan pengeluaran yang teratur. Kerjasama ini turut disokong oleh Sime Motors selaku pengedar rasmi BYD di Malaysia, sekali gus memberikan kelebihan strategik kepada kedua-dua pihak.

Dengan operasi pemasangan yang stabil, tenaga kerja berpengalaman dan kemudahan sedia ada, Inokom menyediakan asas kukuh untuk BYD Malaysia mengembangkan rancangan pemasangan tempatan serta membina keupayaan automotif di Malaysia. Lebih daripada itu, kerjasama ini membuka peluang kepada vendor tempatan untuk terlibat dalam rantaian bekalan, sekali gus menguatkan ekosistem automotif di Malaysia.

Perjanjian rasmi ditandatangani di Shenzhen antara BYD dan Sime Motors dengan Liu Xueliang mewakili BYD manakala Datuk Jeffri Salim Davidson mewakili Sime. Ketika ini, BYD menawarkan 7 model di Malaysia termasuk tiga model premium di bawah jenama Denza iaitu D9, Z9GT dan B8. Namun, model yang bakal dipasang di Kulim masih belum diumumkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts