Zayn Malik Bakal Hasilkan Koleksi Kapsul Untuk Versace

by Oh! Semput


9
SHARES
113
VIEWS
Posted on 17 Oct 2016 03:00:17

Zayn Malik, bintang pop antarabangsa bakal berkolaborasi dengan jenama fesyen terkemuka dunia, Versace untuk satu koleksi kapsul.

versus_versace_donatella_versace_zayn_low

Zayn Malik bersama Donatella Versace

Penyanyi solo popular ini bakal mereka setiap koleksi untuk Versus Versace itu sekaligus menjadi wajah rasmi untuk kempen Versace untuk koleksi itu. Koleksi ini merangkumi koleksi pakaian untuk lelaki dan perempuan di bawah label ZAYN X VERSUS.

Koleksi tersebut bakal mula berada di stor-stor Versus di seluruh dunia dan menerusi online iaitu di Versusversace.com pada May 2017. Zayn bakal bekerjasama penuh dengan Donatella Versace, pengasas jenama fesyen itu.

Bahkan, Zayn juga bakal membintangi dua kempen Versus yang mana untuk koleksi musim bunga/panas dan keduanya akan muncul kelak tahun hadapan.

“Saya rasa Versus adalah satu jenama yang sangat cool. Ia adalah satu jenama yang sesuai dengan diri saya dan orang lain yang sama dengan generasi saya. Saya selalu mengimpikan untuk mereka pakaian dan saya rasa tiada jenama lain yang saya mahu bekerjasama selain Versus. Yang istimewanya saya dapat berkolaborasi dengan Donatella, yang mana seorang yang saya suka dan admire. Saya pasti yang kami akan hasilkan sesuatu yang terbaik,” kata Zayn.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts