Mamat Sepah Mengaku Jadi ‘Batu Api’ Dalam Podcast – “Shuib Tak Salah, Saya Yang ‘Spark’ Cerita Itu”

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 27 Oct 2026 06:32:31

Mamat Sepah akui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik antara dua sahabatnya, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.

Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Mamat atau Mohd Noor Haji Murad mengakui tindakannya yang menjadi ‘batu api’ menyebabkan Shuib turut terpalit dalam isu berkenaan.

Advertisement

Mamat Mengaku Jadi Batu Api Dalam Dol’s Podcast

Menurut Mamat, Shuib serta keluarganya tidak mempunyai kesalahan dalam konflik tersebut dan dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya.

“Sebenarnya Shuib tak ada salah apa pun. Shuib tak salah malah ahli keluarga dia pun (tak bersalah). Saya yang ‘spark’ kan cerita itu.”

Mamat turut mengakui dia tidak marah dengan kecaman yang diterimanya daripada netizen yang menggelarnya sebagai ‘batu api’.

“Betul. Kalau tengok dalam video tu, sayalah batu api sebenarnya.”

Mamat Mohon Maaf Kepada Jep

Susulan pengakuan itu, Mamat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jep serta penyokongnya.

Katanya, permohonan maaf tersebut dibuat atas keikhlasan diri sendiri selepas tiga minggu memikirkan perkara berkenaan.

“Saya mohon maaf secara terbuka supaya dapat selesaikan isu ini dengan penyokong Jep. Saya dengan rendah hati dan juga ikhlas memohon maaf semua.”

Mamat turut berharap hubungan mereka dapat kembali baik dan orang ramai terus memberikan sokongan kepada Jep, Shuib, Pak Ya serta Rahim.

Dalam masa sama, Mamat meminta netizen menghentikan penghantaran mesej berunsur kecaman dan kata-kata kesat terhadap dirinya serta Shuib.

Menurutnya, sebagai penyokong, orang ramai sememangnya boleh berasa marah apabila artis yang diminati disentuh atau diperkatakan, namun perkara itu tidak seharusnya membawa kepada kecaman berlebihan.

Konflik Tercetus Selepas Isu Dalam Podcast

Sebelum ini, Shuib turut tampil memohon maaf kepada Jep susulan sindiran yang dibuat terhadap rakannya itu ketika mengendalikan Dol’s Podcast.

Pada 8 Oktober lalu, Jep berkongsi potongan klip podcast yang memaparkan Shuib dan Mamat meminta pandangan pelawak Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa tidak adil.

Walaupun nama tidak disebut, perkongsian tersebut dipercayai merujuk kepada Jep yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.

Jep kemudian menasihati Shuib supaya menyelesaikan perkara yang lebih penting, termasuk isu potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perniagaannya yang pernah tertunggak.

Jep selepas itu berkongsi resit pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun dan menjelaskan perkongsian tersebut bukan untuk bermegah, sebaliknya sebagai bukti bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jep
2026-10-15 13:07:03

"Aku Minta Maaf, Kita Dah Kenal Separuh Hidup Aku.." - Shuib Tampil Buat Permohonan Maaf, Harap Konflik Kembali Jernih

Mamat Sepah Mengaku Jadi ‘Batu Api’ Dalam Podcast – “Shuib Tak Salah, Saya Yang ‘Spark’ Cerita Itu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts