Lagi Kes Mangsa Dihempap Pokok Tumbang Di Bentong, Dua Orang Warga Emas Cedera Dalam Kejadian Di Jalan Chamang

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 16 Aug 2026 13:30:32


BENTONG: Dua warga emas cedera selepas pikap dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Chamang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 62 tahun dan seorang wanita berusia 60 tahun.

"Susulan maklumat diterima, pihak polis bersama agensi penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat dan tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Zaiham berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar pokok berkenaan tumbang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terutama ketika melalui kawasan yang mempunyai pokok besar atau pokok yang dilihat berisiko tumbang.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri atau berada di kawasan yang mempunyai pokok tumbang atau pokok yang kelihatan berbahaya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Mereka juga diminta segera melaporkan sebarang kejadian pokok tumbang atau pokok yang berisiko kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya. #BeritaHarian 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts