“Apa Masalah Awak Semua Kalau Wanita Berpakaian Ketat?” – Harith Iskander

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 06:32:47

Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander tampil berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir netizen yang gemar mengkritik cara pemakaian seseorang di media sosial, khususnya melibatkan selebriti wanita.

Menerusi satu hantaran di Threads, Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 59, mempersoalkan mengapa isu pakaian sering dijadikan topik utama sehingga mencetuskan pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.

Advertisement

“Kenapa ramai yang banyak masa untuk risau tentang cara orang lain berpakaian.”

“Kata baju ketatlah, tak sesuailah, macam-macam. Ramai selebriti wanita selalu jadi sasaran.”

“Saya tertanya-tanya, kenapa ini menjadi masalah awak?” tulisnya.

Menurut Harith, masyarakat seharusnya lebih memberi perhatian terhadap isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan orang ramai seperti jenayah, rasuah dan kos sara hidup.

“Kalau seseorang mencuri, menipu, membuli, menyerang atau menyakiti orang lain, ya. Masyarakat memang patut bersuara. Sebab tindakan itu memberi kesan kepada orang lain.”

Dalam pada itu, Harith turut berpandangan bahawa individu yang terlalu terganggu dengan cara pemakaian orang lain mungkin perlu menilai semula sudut pandang mereka sendiri.

“Tapi kalau seseorang pakai pakaian yang secara peribadi awak tak suka, kenapa awak yang tersakiti?”

“Kalau cara seseorang berpakaian menyebabkan awak lebih tertekan daripada isu rasuah, keselamatan jalan raya, kos sara hidup, atau usaha untuk fokus kepada kebahagiaan hidup awak sendiri.”

“Mungkin masalahnya bukan pada pakaian itu. Mungkin masalahnya pada kita.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah liyana
2026-06-10 14:41:45

Puteri Sarah Liyana Dikejarkan Ke Hospital, Alami Sesak Nafas

“Apa Masalah Awak Semua Kalau Wanita Berpakaian Ketat?” – Harith Iskander first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts