NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 07 Nov 2026 14:30:11

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memaklumkan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) kini sedang memantau situasi keselamatan siber negara secara berterusan susulan perkembangan keselamatan terkini.

Dalam kenyataan hari ini, NACSA menyatakan pihaknya juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memantau perkembangan insiden keselamatan siber dan gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan.

Sebagai Ketua Sektor Perbankan dan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) turut melaksanakan langkah kesiapsiagaan secara menyeluruh dan bersepadu, termasuk pemantauan berterusan terhadap tahap keselamatan siber entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) di bawah sektor berkenaan.

Pada masa sama, NACSA menegaskan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) kekal pada tahap Sederhana danĀ situasi keselamatan siber negara berada dalam keadaan terkawal.

Agensi itu turut bekerjasama dengan Ketua Sektor dan entiti NCII bagi memastikan sebarang ancaman dapat dikesan dan ditangani dengan segera, selain memastikan perkhidmatan penting negara terus beroperasi dengan lancar.

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

NACSA PANTAU SITUASI KESELAMATAN SIBER NEGARA SECARA BERTERUSAN, TEGASKAN KEADAAN TERKAWAL#MalaysiaMadani#TaatSetia#PemikiranStrategikPuncaKemenangan#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama pic.twitter.com/hQeBHNVEbF

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) November 7, 2026

Susulan perkembangan ini, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan dakwaan berkaitan serangan siber yang belum disahkan, termasuk mesej yang tular di media sosial. Orang ramai juga diminta supaya sentiasa merujuk saluran rasmi kerajaan, Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

{suggest}

NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts