Nubia A57 Kini Rasmi Di Malaysia – Bateri 5000mAh Dan Harga RM549

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 10 Nov 2026 10:30:52

Nubia A57 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebagai telefon mampu milik yang menawarkan spesifikasi asas untuk kegunaan harian.

Nubia A57 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dusk Black dan Amber Orange. Ia dipadankan dengan skrin 6.75-inci HD+ 120Hz yang menyokong kecerahan puncak 740 nits. Ia juga dikuasai oleh cip Unisoc T7250 Plus bersama padanan memori 4GB RAM serta storan dalaman 128GB. Bateri berkapasiti 5,000mAh turut digunakan bersama sokongan pengecasan berwayar 22.5W serta ciri Bypass Charging.

Lain-lain spesifikasi termasuk kamera utama beresolusi 13MP serta penarafan kalis percikan air dan habuk IP64. Bagi yang berminat, Nubia A57 ditawarkan di Malaysia pada harga RM549 menerusi laman web rasmi, pengedar sah dan kedai dalam talian Nubia Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts