by Oh! Semput
NVIDIA berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai cip RTX Spark N1X dengan ia akan ditawarkan bermula Oktober depan dalam dua versi. Versi pertama RTX Spark N1X untuk PC mini hadir dengan CPU 20 teras, GPU Blackwell dengan 6144 teras CUDA dan memori bersepadu 24-128GB RAM.

Versi kedua RTX Spark N1X untuk komputer riba pula hadir dengan CPU 18 teras, GPU Blackwell dengan 5120 teras CUDA dan memori bersepadu 24-32GB RAM sahaja. Cip RTX Spark N1X dibangunkan khusus untuk menjalankan kecerdasan buatan (AI) berejen terus daripada peranti tetapi juga cukup berkuasa untuk menjalankan permainan video.
DI IFA Berlin, Lenovo Yoga 9n 2-in-1 dan Acer SFF RTX Spark telah dilancarkan dengan cip NVIDIA RTX Spark N1. Selain itu Asus, Dell, MSI, dan HP juga akan menawarkan peranti dengan cip sama dalam masa terdekat. Semasa dilancarkan Jun lalu, hanya Microsoft Surface Laptop Ultra sahaja disahkan menggunakan cip berkuasa ini .