OpenAI Tidak Lagi Melakukan Latihan Model AI Dengan Sambungan Internet

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 26 Oct 2026 10:30:32

OpenAI mengumumkan mereka tidak lagi akan melakukan latihan model kecerdasan mereka dengan sambungan internet. Dalam insiden serangan siber ke atas Hugging Face yang berlaku sebelum ini, model AI yang dibangunkan cukup bijak mencari kerentanan pada sistem dan mengakses internet kerana konfigurasi salah digunakan oleh penyelidik.

Latihan AI masih lagi memerlukan situasi realistik oleh itu latihan di luar talian tanpa internet memerlukan beberapa sistem gantian digunakan. Untuk carian laman web, indeks di luar talian digunakan. Jika laman web perlu dibuka pula, ia akan mengakses laman web di luar talian dalam bentuk cache. Apabila ejen perlu mengakses papan mesej pula, ia hanya diberikan akses kepada ahli tertentu sahaja.

Dengan sistem bahari ini, ujian dapat dilakukan dalam sandbox yang mempunyai sistem dengan air gap yang lebih selamat berbanding yang digunakan sebelum ini. Menerusi sistem latihan baharu ini, OpenAI berharap insiden model AI menggodam tanpa kebenaran tidak akan berulang.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts