Perplexity Tawar $34.5 Bilion Untuk Beli Pelayar Web Google Chrome

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 16 Aug 2026 14:00:57

Tiada angin tiada ribut, Perplexity kini membuat bidaan kepada Google dalam mengambil-alih pelayar web Google Chrome. Perplexity tawar $34.5 bilion untuk tujuan berkenaan.

Pihak Google tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Beberapa pelabur menyatakan nilai Google Chrome adalah lebih tinggi, dan ia dianggar mempunyai sekitar 3 bilion pengguna. Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, ramai yang melihat pelayar web akan menjadi salah satu pintu utama untuk penggunaannya, dan sesiapa yang memegang akses pelayar web dijangka mendominasi dalam arena berkenaan.

Ramai juga yang beranggapan langkah Perplexity ini hanya sebagai pemasaran semata-mata – apatah lagi Perplexity dilihat masih jauh dari keupayaan untuk mempunyai dana bagi tujuan ini. Bidaan dan tawaran Perplexity ini dilihat hadir selari dengan mahkamah Amerika Syarikat yang dijangka mengeluarkan keputusan berkaitan dominasi Google dalam arena pengiklanan dan enjin carian pada bulan ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts