Piala Dunia FIFA 2026 Naikkan Jualan TV Global, Samsung Kini Terajui Pasaran TV Mini LED

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 28 Aug 2026 04:00:16

Industri televisyen global mencatatkan pertumbuhan positif pada suku kedua 2026 dengan peningkatan 3.6% berbanding tahun sebelumnya, mencecah 48.8 juta unit.

Menurut Omdia, lonjakan ini dipacu oleh permintaan sempena Piala Dunia FIFA dan promosi besar seperti Amazon Prime Day, walaupun berdepan tekanan inflasi serta kekangan bekalan memori.

Dari segi pasaran, Eropah Barat (+9.5%) dan Amerika Utara (+4.7%) menunjukkan pertumbuhan stabil, manakala pasaran membangun seperti Eropah Timur (+14.5%) dan Amerika Latin & Caribbean (+12.8%) melonjak lebih tinggi.

Sebaliknya, China mengalami penurunan ketara (-15.1%) selepas berakhirnya program rangsangan kerajaan.

Teknologi baharu turut memainkan peranan penting di mana model tv dengan panel mini LED kini menyumbang 13% daripada penghantaran, dengan Samsung mengatasi TCL sebagai peneraju pasaran bagi suku ke-2 2026.

Sementara itu, TV RGB LED mencatatkan 295,000 unit, namun dominasi Hisense merosot daripada 77.2% kepada 42.9% apabila Samsung dan Sony mula mengukuhkan kedudukan.

Promosi sempena Piala Dunia meningkatkan kesedaran pengguna terhadap TV RGB LED, yang semakin bersaing dengan OLED dalam segmen premium.

Walaupun kos dijangka meningkat akibat kekangan memori, jenama utama dijangka terus menolak model 4K untuk mengekalkan momentum pasaran.

{suggest}

Piala Dunia FIFA 2026 Naikkan Jualan TV Global, Samsung Kini Terajui Pasaran TV Mini LED WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts