Polis Nafi Viral UFO Besar Berlegar-Legar di Kuala Krai

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Sep 2016 09:00:07



KOTA BHARU: Polis pada Khamis menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi di sini, malam Khamis.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

"Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku. BERNAMA" - BERNAMA

— BERNAMA Radio (@bernamaradio) September 1, 2016
Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...