4 Produk Yang Buat Kulit Berseri-seri

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 17 Oct 2016 03:00:17

shutterstock_128350094

Gambar : Shutterstock

Bosan mendengar orang berkata “eh! awak nampak penat. Banyak kerja ke?”, tiba masanya untuk anda tukar persepsi orang pabila bertemu anda.

Biar mereka kata , “eh! berseri-seri sekrang. Tengah happy ke?”. Caranya, hanya dengan gunakan empat produk ini. Tidak percaya cubalah.

Pupur Topeng (Mask)

Cara paling pantas dalam usaha anda untuk mengembalikan kulit berseri-seri ialah dengan memakai pupur topeng (mask). Berbanding pupur biasa, pupur topeng lebih pantas memberikan kesan. Ia melembapkan kulit muka dengan segera, anda dapat rasakan perbezaannya antara sebelum dan selepas anda memakai pupur topeng. Pupur topeng pula ada macam-macam jenis manfaatnya, ada untuk melembap, anti-penuaan, merapatkan pori juga mencerah.

Pelembap

Penghidratan adalah kunci kulit berseri-seri. Jika mahu efek kulit berseri bagaikan anda baru menikmati tidur yang cukup, pilih pelembap yang mewah dengan glycerin dan asid hyaluronic. Sapukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Minyak

Selepas memakai pelembap, titiskan dua titik minyak wajah dan urut muka dengan lembut. Lakukan urutan dalam gerakan membulat untuk melancarkan peredaran darah di bahagian wajah. Minyak akan mengunci efek pelembap yang anda sapukan pada wajah tadi.

Semburan Muka (Face Mist)

Pastikan face mist ada dalam beg atau di tepi komputer anda. Muka berasa segar sebaik saja anda menyemburkannya pada wajah. Seeloknya pilih semburan muka yang mengandungi asid amino dan glycerin kerana ia melembapkan kulit. Elok juga semburkan semburan muka sebelum anda menyapu bedak asas.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts