REDMAGIC 12 Pro Kini Di Malaysia, Telefon Gaming Berprestasi Berharga Dari RM3,999

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 10 Nov 2026 07:30:09

REDMAGIC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terkini, REDMAGIC 12 Pro, di pasaran Malaysia.

Menampilkan rekaan lebih nipis dan ringan, peranti ini dikuasaskan oleh pemproses Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 berasaskan teknologi 2nm serta cip gaming khas RedCore R5 bagi memastikan prestasi optimum ketika sesi permainan pantas.

Peranti gaming berprestasi ini dilengkapi paparan OLED BOE X11 1.5K bersaiz 6.85 inci dengan kadar segar semula 185Hz pertama dalam industri bagi skrin penuh sebenar tanpa takuk, menerusi kamera bawah skrin (UDC) generasi ke-9.

REDMAGIC 12 Pro

Pengurusan haba diperkasakan melalui Sistem Penyejukan AquaCore 3.0 yang menggabungkan penyejukan cecair dwi-gelung berserta lampu RGB, kipas turbo 25,500 RPM, dan Liquid Metal 4.0.

REDMAGIC 12 Pro dimuatkan dengan bateri gergasi 8,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W, pengecasan tanpa wayar, serta bypass charging.

Ciri menarikanya yang lain termasuklah pembesar suara dwi-Dolby Atmos,  kalis air IP68/IP69, serta menjalankan sistem operasi REDMAGIC OS 12 berteraskan Android 17 dan gabungan AI Google Gemini.

REDMAGIC turut diumumkan sebagai Penaja Rasmi Telefon Gaming bagi 2026 PUBG MOBILE Global Championship di Istanbul.

PRKit_RM12PRO_Pricing 1

Jualan rasmi bermula pada 10 November 2026 jam 8:00 malam menerusi Shopee dan laman web rasmi REDMAGIC.

Pilihan variasi dan harga promosi istimewa 11.11 adalah seperti berikut:

  • 12GB + 256GB: RM3,999 (Harga Asal: RM4,499)
  • 16GB + 512GB: RM4,499 (Harga Asal: RM4,999)
  • 16GB + 1TB: RM5,399 (Harga Asal: RM5,899)

{produk}

{suggest}

REDMAGIC 12 Pro Kini Di Malaysia, Telefon Gaming Berprestasi Berharga Dari RM3,999 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts