Sekumpulan Orang Asli Pahang Membantu Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) Jaslinda Di Laluan Gunung Rayu Sejak Empat Hari Lalu

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 02 Jun 2026 16:31:57

TAPAH: Sekumpulan Orang Asli dari Pos Titom, Hulu Jelai, Pahang tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih secara sukarela sejak empat hari lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 13 individu daripada kumpulan berkenaan dikesan berada di sekitar Gunung Rayu bagi membantu usaha pencarian mangsa.

Menurutnya, kumpulan tersebut dipercayai sebahagian daripada Pasukan Pelindung di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang aktif menjalankan aktiviti di kawasan hutan.

“Mereka ini telah memulakan usaha pencarian secara sukarela sejak empat hari lalu di kawasan Gunung Rayu.

Beliau berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu dilaporkan berhubung penemuan mangsa, dengan operasi pencarian masih diteruskan seperti hari sebelumnya.

Menurutnya, pasukan SAR yang diturunkan menggunakan pesawat MI-17 semalam masih berada di lokasi bagi meneruskan usaha pencarian dan dijangka keluar pada tengah hari Rabu.

“Tiada penambahan pasukan baharu sama ada melalui udara atau darat pada hari ini,” katanya.

Seramai 13 individu daripada kumpulan Orang Asli Pos Titom, Hulu Jelai, Pahang dikesan berada di sekitar Gunung Rayu bagi membantu usaha pencarian mangsa. Foto: JBPM Perak

Mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts