Sultan Pahang Titah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Periksa Pokok Berisiko, Jangan Tunggu Sehingga Tragedi Berlaku

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 15 Aug 2026 20:00:35


KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menjalankan pemeriksaan dan kajian secara berkala terhadap pokok besar dan tua yang berpotensi mengancam keselamatan orang awam.

Baginda bertitah, pemeriksaan itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh, khususnya terhadap pokok di kawasan tumpuan awam, tepi jalan, kawasan perumahan dan lokasi yang sering menjadi laluan orang ramai.

Menurut baginda, tindakan susulan perlu diambil segera sekiranya pemeriksaan mendapati terdapat pokok yang berisiko tumbang atau boleh mendatangkan bahaya.

“Semua PBT perlu kaji status pokok yang besar dan tua. Kalau difikirkan boleh mendatangkan bahaya, perlu buat tindakan susulan.

“Jangan tunggu sehingga berlaku kejadian tidak diingini, terutama yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa rakyat,” titah baginda menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda bertitah demikian susulan beberapa kejadian pokok tumbang yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada orang awam baru-baru ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan supaya pemeriksaan dan penyelenggaraan pokok dilaksanakan secara proaktif oleh semua PBT bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.

Baginda bertitah, langkah itu penting bagi membolehkan sebarang risiko dikenal pasti lebih awal dan tindakan pencegahan diambil sebelum berlaku kejadian yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan atau kerosakan harta benda. #BeritaRTM 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts