“Siap Suruh Menangis” – Program Bersamamu Didakwa Hanya ‘Wayang’, Bekas Wartawan Tampil Jelaskan

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 04 Sep 2026 03:01:21

Program Bersamamu sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pengguna media sosial mempersoalkan kesahihan kandungan rancangan berkenaan dan mendakwa kisah yang dipaparkan telah diatur terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna mendakwa pernah mempunyai pengalaman berkaitan program tersebut dan mendakwa keluarganya pernah terlibat dalam proses penggambaran.

Advertisement

bersamau

Hantaran berkenaan kemudian menerima perhatian ramai, termasuk seorang bekas wartawan Bersamamu yang tampil memberikan penjelasan mengenai proses penerbitan program tersebut.

Menurutnya, pihak produksi terlebih dahulu menjalankan proses tinjauan atau recce sebelum memilih keluarga yang bersesuaian untuk diketengahkan dalam rancangan berkenaan.

j

“Hi sy bekas wartawan Bersamamu. Ktorg akan pergi recce dulu. Contoh, recce 5 family tp akan pilih 1 keluarga ikut kpd kesesuaian dan keperluan contoh OKU, rumah usang, sakit atau tak dpt bantuan..”

Beliau menjelaskan, selepas keluarga dipilih, pihak produksi akan kembali untuk menjalankan penggambaran dan bertanyakan mengenai rutin serta kehidupan harian mereka.

bersamamu

Bekas wartawan itu turut berkongsi pengalamannya mengendalikan kira-kira 40 jemaah daripada keluarga Bersamamu ke Makkah pada 2016.

Katanya, perjalanan tersebut melibatkan peserta dengan pelbagai keadaan termasuk orang kurang upaya (OKU), asnaf, pesakit kronik, individu buta serta mereka yang mempunyai kecacatan anggota.

Beliau menyifatkan pengalaman menguruskan kumpulan berkenaan sebagai antara pengalaman yang mencabar namun sangat bermakna.

Perkongsian tersebut hadir selepas dakwaan mengenai kandungan Bersamamu mula menjadi perbualan dalam kalangan warganet, dengan sebahagian pengguna mempersoalkan sejauh mana babak dalam program berkenaan merupakan situasi sebenar atau dihasilkan semula untuk tujuan penggambaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-03 15:27:47

"Saya Bukan Nak 'Backup' Staff" - 'Founder' Spa Terkenal Nafi 'Menekan' Pekerja Kejar Sale Sehingga Dimaki Dan Dihina, Bekas Staf Bersuara

“Siap Suruh Menangis” – Program Bersamamu Didakwa Hanya ‘Wayang’, Bekas Wartawan Tampil Jelaskan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts