Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 – Tiket Mula Dijual Pertengahan November

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 19 Oct 2026 07:30:11

Kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu akan bermula RM125 sehala untuk perkhidmatan Transit Kelas Ekonomi, manakala perkhidmatan Ekspres bermula RM147 bagi perjalanan sejauh 523 kilometer itu.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata Jemaah Menteri meluluskan struktur tambang tersebut pada 16 Oktober lalu, dengan penetapan harga berasaskan mekanisme tambang dinamik.

Beliau berkata mekanisme tambang dinamik membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, tahap permintaan dan ketersediaan tempat duduk, selain mempunyai elemen intervensi sekiranya harga meningkat terlalu tinggi.

Dari segi perkhidmatan, ECRL menawarkan pilihan Transit yang berhenti di setiap stesen dan Ekspres yang hanya berhenti di stesen utama. Penumpang juga boleh memilih antara tiga kelas tempat duduk, iaitu Ekonomi, Ekonomi Premium dan Perniagaan, mengikut keperluan masing-masing.

kadar tambang ECRL_03

Bagi laluan dari Gombak ke Kuala Terengganu, yang meliputi jarak 378 kilometer, tambang bermula RM95 untuk Transit dan RM110 untuk Ekspres. Untuk perjalanan sejauh 209 kilometer dari Gombak ke KotaSAS pula, tambang laluan Transit dan Ekspres masing-masing bermula RM60 dan RM68.

kadar tambang ECRL_01

Kadar tambang yang sama terpakai bagi perjalanan ulang-alik. Selain itu, diskaun tambang turut ditawarkan kepada golongan yang layak menerusi Inisiatif Tambang Inklusif dan Mesra Rakyat bagi Kelas Ekonomi.

kadar tambang ECRL_02

Diskaun 50% diberikan kepada kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas berusia 60 tahun ke atas. Sementara itu, pelajar berumur 13 hingga 24 tahun layak menikmati diskaun 40%. Kedua-dua tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat.

kadar tambang ECRL_05

Penjualan tiket rasmi ECRL dijadualkan dibuka pada pertengahan November 2026, sebelum operasi komersial bermula pada pertengahan Disember tahun ini. Kadar tambang bagi stesen di sepanjang jajaran ECRL juga dijangka tersedia apabila penjualan tiket dibuka.

ECRL akan menggunakan 10 set tren elektrik berbilang unit (EMU) yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 km/j. Dari segi kekerapan, perkhidmatan ini dijadualkan menawarkan 12 perjalanan sehari dari Isnin hingga Khamis, iaitu enam perjalanan bagi setiap arah. Dari Jumaat hingga Ahad pula, sebanyak 16 perjalanan sehari dijadualkan, dengan lapan perjalanan bagi setiap arah.

{suggest}

Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 – Tiket Mula Dijual Pertengahan November WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts