Flat 4 Tingkat Jadi Kediaman Etnik Rohingya Akan Dirobohkan, Penduduk Sambut Baik

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 06:32:54

Bangunan empat tingkat yang menjadi perhatian ramai selepas didedahkan oleh penyampai radio, Azad Jasmin, dipercayai akan dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Bangunan yang terletak di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat itu dipercayai pernah didiami secara tidak sah oleh etnik Rohingya dan dilaporkan berada dalam keadaan uzur.

Advertisement

Flat Rohingya

Susulan isu tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan tindakan perobohan akan dilaksanakan terhadap struktur berkenaan.

“Berhubung dengan bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya ketika berkongsi kenyataan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

Menurut beliau, sebahagian besar bangunan itu didirikan di atas tanah milik persendirian manakala sebahagian lagi berada dalam kawasan rizab jalan.

Amirudin turut menjelaskan terdapat beberapa struktur kediaman yang dibina secara tidak sah di kawasan berkenaan serta lot bersebelahan yang merupakan rizab sungai dan pernah didiami oleh penduduk etnik Rohingya.

“Siap Curi Elektrik” – Tular Video Pak Azad Dedah Flat Tiga Tingkat Dibina Secara Haram Oleh Etnik Rohingya

Katanya, PDT Hulu Langat telah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kepada pemilik struktur terbabit pada tahun 2017, 2020, 2021 dan 13 Mac 2025.

Malah, satu operasi perobohan bersepadu pernah dilaksanakan pada tahun 2017 melibatkan PDT Hulu Langat bersama beberapa agensi termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam pada itu, MPKJ juga telah mengeluarkan beberapa notis dan tawaran kompaun di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 pada tahun 2016, 2017, 2019 dan 2021 berhubung pembinaan struktur berkenaan. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-09 14:06:11

"Siap Curi Elektrik" - Tular Video Pak Azad Dedah Flat Tiga Tingkat Dibina Secara Haram Oleh Etnik Rohingya

Flat 4 Tingkat Jadi Kediaman Etnik Rohingya Akan Dirobohkan, Penduduk Sambut Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts