Valve Dikatakan Sedang Membangunkan Steam Frame Dengan Skrin OLED

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 15 Oct 2026 17:00:49

Pada tahun lepas, Valve telah memperkenalkan tiga buah perkakasan gaming baharu seperti generasi baru alat kawalan Steam Controller, konsol permainan bersaiz kecil Steam Machine dan perkakasan realiti maya Steam Frame.

Kesemua perkakasan-perkakasan gaming tersebut telah dilancarkan, dengan permintaan untuknya sangat tinggi sekali sehingga orang ramai perlu menunggu berminggu hingga berbulan untuk membelinya sendiri.

Walaupun begtitu, ia telah dilaporkan bahawa Valve kini sedang dalam proses membangunkan versi baru perkakasan realiti maya Steam Frame yang menggantikan paparan IPS didalamnya dengan panel OLED yang tampil dengan resolusi lebih besar dan kualiti olahan grafik yang lebih cantik.

SteamFrameHub telah menemui butiran dalam kod sumber pembangunan sebuah produk Steam Frame baru yang dengan kod nama “Plano” yang juga dilihat menggunakan panel Micro OLED dengan resolusi 3,552×3,840 yang lebih tinggi berbanding dengan panel LCD dengan resolusi 2,160×2,160.

Model Steam Frame ini juga dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 sama yang digunakan pada model asal, jadi kemaskini untuk model baru ini hanyalah untuk kualiti olahan paparan yang hadir dengan warna yang jitu dan juga kadar segar semula yang lebih stabil untuk mengurangkan kebarangkalian mabuk kerana kadar segar semula paparan yang tidak sekata.

Dengan binaan baru ini, Valve juga nampaknya sedang cuba membangunkan teknik olahan yang bernama foveated scaling, berbanding dengan foveated rendering yang digunakan pada Steam Frame asal. Teknik foveated rendering menggunakan kedudukan mata untuk mengolah objek didalam fokus, manakala foveated scaling pula menghantar bingkai yang telah dimampatkan/dikurangkan skalanya, dan satah belakang paparan melakukan penskalaan semula terhadap bahagian-bahagian tertentu. Ini mengurangkan beban keatas cip pemprosesan grafik, mengurangkan penggunaan kuasa dan membolehkan alat tersebut digunakan untuk lebih lama.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Valve akan memperkenalkan Steam Frame dengan paparan OLED baru ini.

: SteamFrameHub

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts