Video Corak Permainan GTA VI Hampir 30 Minit Kini Boleh Ditonton

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 28 Aug 2026 03:31:08

Tiada treler baharu tetapi awal pagi tadi Rockstar Games menerbitkan video corak permainan Grand Theft Auto VI (GTA VI) hampir 30 minit di Netflix sebelum ini kini boleh ditonton di YouTube. Dalam video yang panjang ini, beberapa ciri baharu diperlihatkan seperti pemain boleh mencuri kereta dengan memecahkan tingkap atau menggunakan alat slim jim untuk mencuri dengan lebih senyap.

Turut didedahkan ialah hubungan cinta dua protagonis Jason dan Lucia perlu dikekalkan oleh pemain sepanjang masa untuk memudahkan misi dilakukan. Sistem hubungan antara watak yang dahulunya hanya untuk NPC kini menjadi elemen penting permainan.

Selain itu grafik sebenar GTA VI di PlayStation 5 juga diperlihatkan buat pertama kali dengan ia nampak menakjubkan. Grafik kelihatan jauh lebih baik berbanding GTA V walaupun dimainkan bukan pada sebuah PlayStation Pro. GTA VI akan dijual bermula 19 November di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series S/X.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts