(Video) Gelongsor Air Sepanjang 1,000 Kaki Bakal Menjadi Permainan Hangat di Johor

by Oh! Semput


26
SHARES
339
VIEWS
Posted on 30 Aug 2016 14:07:46


Selepas mendapat sambutan hangat sebelum ini, Slide the City akan kembali lagi ke Malaysia pada pada 15 Oktober ini di Johor Bharu.

Acara yang mensasarkan golongan muda-mudi dan keluarga itu sebelum ini berjaya menarik lebih 10,000 peserta di Putrajaya tahun lepas.

Bagi yang belum tahu, Slide the City menjadi fenomena global apabila ia mendapat sambutan lebih dari 2 juta pengunjung sepanjang ia dijalankan di beberapa negara termasuklah Jepun, Hong Kong, Kolumbia, USA dan pelbagai lagi.

Spritzer Slide the City Malaysia adalah acara yang dibawakan oleh Monkey Theory Sdn Bhd yang merupakan franchise ekslusif acara tersebut di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik

Acara utama yang disediakan oleh Spritzer Slide the City di Johor pada tahun ini sudah tentu gelongsor luncur 1,000 kakinya yang sudah terkenal di serata dunia.

Ya, 1,000 kaki yang bersamaan dengan panjang 3 padang bola.

Untuk lebih jelas apa itu gelongsor luncur 1,000 kaki Slide the City, lihat gambar-gambar dan video di bawah.





Selain meluncur, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai lagi aktivit menarik di Spritzer Slide the City. Antaranya permainan-permainal karnival, pelbagai makanan tempatan dan juga menikmati muzik yang akan dimainkan sepanjang acara tersebut.

Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung berhibur, malah turut memberi peluang kepada peniagaan-peniagaan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung-pengunjung Spritzer Slide the City yang datang dari serata pelusok negara.

Pelbagai Pakej & Tawaran Early Bird

Spritzer Slide the City tahun ini tampil dengan empat pakej yang menarik untuk pengunjung, iaitu Single Slider, Save-N-Slide, Triple Slider, dan Unlimited Slider.

Pakej yang paling menarik sudah tentu pakej Unlimited Slider - yang mana akan memberi peserta peluang bergelongsor tanpa had, baju rasmi Slide the City, pelampung, pistol Hydroblaster dan minuman percuma.

Spritzer Slide the City kali ini juga membawakan harga menarik kepada pengunjung-pengunjung yang membuat tempahan tiket awal. Bagi pakej Unlimited Slider, pengunjung cuma perlu membayar pada harga RM149 sahaja.

Tempahan awal Spritzer Slide the City di Johor sudah pun di buka dan sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan menerusi http://www.slidethecity.asia/location/johor-bahru/#114. Sekiranya berminat, sekarang adalah masa yang tepat untuk membuat tempahan kerana tiket tempahan awal adalah terhad.

Bagaimanapun, orang ramai juga boleh membeli tiket ke Spritzer Slide the City di kaunter tiket pada hari acara nanti, tetapi sudah tentu tidak semurah harga tempahan awal.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Spritzer Slide the City boleh like dan ikuti laman https://www.facebook.com/slidethecitymalaysia.

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts