Rakaman Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra menyembelih lembu di sebuah masjid menjadi viral di media sosial sejak beberapa jam lalu.
Video berdurasi 9:10 minit yang dikongsikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi akaun Facebooknya itu yang memperlihatkan Sultan Kelantan turun padang dan menyembelih lembu bagi menjayakan majlis kesyukuran yang diadakan di daerah Rantau Panjang, Kelantan, petang tadi.
Orang ramai tidak ketinggalan memenuhi perkarangan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Masjid Beijing’.
Video yang mendapat 4,000 like dan 1,042 perkongsian itu turut dihujani komen yang memuji sikap dan cara baginda yang kelihatan tidak kekok untuk menyembelih lembu.
Malah, ada yang memberikan komen mungkin baginda sebelum ini sudah terbiasa turun padang bertemu masyarakat termasuk penduduk kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli sebab itulah baginda mahir sekali gus dekat di hari rakyat.
Terdahulu, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja minggu lalu bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Ramai rakyat yang memperakui baginda adalah seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk negeri ini.
Putera sulung Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sering membahasakan diri baginda sebagai ‘kita’ ketika bertemu dengan rakyat negeri ini, baginda sering dilihat turun padang Baginda yang ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 dilihat lebih gemar mengenakan jubah serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat baginda. - SuaraTV
Genting Property Sdn Bhd secara rasmi melancarkan projek gergasi Bandar Pintar Teknologi Johor atau Johor Tech Smart City sempena fasa rancangan pembangunan mampan negeri.Pembangunan ikonik seluas 2,300 ekar yang terletak di dalam Zon Ekonomi Khas Johor-
Selebriti versatil, Salih Yaacob mengakui kehidupannya kini lebih sederhana selepas tujuh tahun tidak aktif dalam industri hiburan.Salih atau nama sebenarnya Mohammad Salih Yaacob, 65, berkata dia hanya berserah kepada ketentuan Allah dalam meneruskan ke
Pelakon terkenal, Rita Rudaini tampil berkongsi pandangannya mengenai isu buli yang menurutnya berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk melalui penyalahgunaan pengaruh, jawatan dan kuasa terhadap individu lain.Guna jawatan jatuhkan orang lainMenerusi pe
CelcomDigi Berhad secara rasmi mengumumkan kesediaan infrastruktur rangkaiannya bagi mendepani lonjakan trafik data mudah alih sepanjang tempoh kejohanan Piala Dunia 2026, khususnya bagi penstriman langsung menerusi aplikasi RTMKlik.Ketua Pegawai Teknolo
Penyedia penyelesaian ICT terkemuka, SNS Network, secara rasmi telah melancarkan inisiatif terbaharu syarikat yang dinamakan Be The Smarter Business.Kempen strategik ini bertujuan untuk membantu organisasi dan perusahaan di Malaysia mempercepatkan pros
PRO-NET telah mempamerkan SUV elektrik andalan terbaharunya, smart #5, sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 di MITEC.Membawakan tema global “Open Your Mind”, penampilan smart #5 kali ini memfokuskan kepada konse
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa komuniti Rohingya yang berada di Malaysia perlu mematuhi semua undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa, termasuk yang melibatkan pembinaan bangunan dan aktiviti perniagaan.Beli
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan proses Pendaftaran dan Penentuan Status Pelarian (DPP) di Semenanjung Malaysia bagi mengenal pasti status, identiti serta latar belakang pemegang dokumen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat
Syarikat aeroangkasa dan roket terkemuka milik Elon Musk, SpaceX, mengesahkan bakal memulakan dagangan rasmi di pasaran saham Nasdaq pada hari Jumaat.Langkah ini menandakan penawaran awam permulaan (IPO) terbesar dalam sejarah pasaran kewangan dunia, seb
Aktres Hollywood, Gwyneth Paltrow menerima kecaman hebat daripada netizen selepas muncul dalam sebuah kempen iklan yang mempromosikan projek perumahan mewah di Herzliya, Israel.Kempen tersebut mencetuskan kontroversi kerana dilancarkan ketika konflik Isr