(VIDEO) Tular Video Mengaku Buat Perkara Terkutuk, Datuk Tiri Direman Enam Hari Disyaki Rog*l Cucu Sendiri

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 06:32:49

Seorang pesara warga emas direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas cucunya yang berusia 13 tahun mendedahkan menjadi mangsa rogol lelaki terbabit sepanjang tahun lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 67 tahun dibenarkan Majistret Arun Noval Dass bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Advertisement

Berdasarkan laporan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu dua hari lalu selepas mangsa menceritakan kepada ibunya.

Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 13 tahun dan tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah ini selepas ibu bapanya bercerai.

Bagaimanapun, pada April lalu, ibu mangsa membawanya pulang ke sebuah negeri di utara tanah air.

Kejadian itu terbongkar selepas ibunya menyedari mangsa menghantar mesej kepada seorang kenalan. Pada mulanya, mangsa tidak menceritakan namun selepas didesak akhirnya dia memberitahu dirogol datuk sendiri.

pengakuan

Daripada maklumat awal, kejadian berlaku sepanjang tahun lalu dan kali terakhir Disember lalu.

Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peserta masterchef
2026-06-10 14:31:58

Gara-Gara Panggil 'Roti Kanai', Peserta Masterchef Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

(VIDEO) Tular Video Mengaku Buat Perkara Terkutuk, Datuk Tiri Direman Enam Hari Disyaki Rog*l Cucu Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts