Waspada Taktik Penipuan Menyamar Sebagai Wakil Oppo Malaysia

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 20 Oct 2026 10:30:29

Oppo Malaysia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap taktik penipuan terbaharu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pekerja syarikat itu di media sosial.

Menerusi amaran yang dikeluarkan, sindiket penipuan berkenaan dikesan menggunakan aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram, pada masa sama mencipta laman web palsu yang kononnya menawarkan pekerjaan dengan komisen lumayan. Modus operandi mereka juga licik dengan memancing mangsa menggunakan janji bayaran tinggi untuk tugasan mudah sebelum dipujuk menyertai skim yang kelihatan sah. Namun di sebaliknya, mangsa diarahkan membuat pindahan wang ke akaun peribadi dan perangkap ini sudah menjerat ramai.

Oppo menegaskan pihaknya tidak pernah meminta bayaran pendahuluan atau melakukan transaksi melalui mesej peribadi. Mereka turut menekankan bahawa segala urusan rasmi hanya dijalankan melalui akaun yang sah. Orang ramai digesa segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum lebih ramai terjerat dalam sindiket penipuan ini.

: Instagram

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts