by Oh! Semput
Pada hari ini, beberapa syarikat memfokuskan kecerdasan buatan telah mula menawarakn sokongan AI berejen atau ejen AI – membolehkan pengguna menetapkan penggunaannya bersama-sama sejumlah aplikasi, dan seterusnya memastikan ia melakukan tugasan secara automatik untuk pelbagai perkara.
Ini termasuk untuk menguruskan tempahan, temujanji, komunikasi, pengurusan, dan sebagainya. Google juga baru-baru ini telah mengaktifkan penawaran mereka untuk AI berejen ini bagi pengguna Malaysia dibawah Google Spark.

Menyentuh mengenainya, Mark Zuckerberg menyatakan berbilion orang seluruh dunia kelak akan mempunyai AI berejen peribadi mereka tersendiri dalam tempoh 5 tahun akan datang. Mark menyasarkan orang ramai akan menggunakannya dalam pengurusan kewangan, kesihatan, perhubungan dan juga pengurusan rumah. Ia juga disasarkan Meta AI akan memainkan peranan penting, dan WhatsApp mungkin menjadi salah satu antaramuka utama untuk AI berejen ini.
Buat masa ini, Meta AI masih lagi jauh ketinggalan jikalau dibandingkan dengan penawaran lain. Namun, dari segi capaian akhir dan antaramuka kepada pengguna, Meta mempunyai platform yang memadai. Mungkin dengan fokus penambah-baikkan Meta AI, ia mungkin menjadi salah satu perkhidmatan yang mencabar penyedia lain dalam arena AI ini.