“Gangguan ‘Cik Cong’ Atau ‘Water Hammer’?” – Penduduk Alor Setar Pula Diganggu Bunyi Misteri Ketukan Pintu Kuat Tengah Malam

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 18 Aug 2026 06:31:02

Misteri bunyi ketukan kuat di beberapa rumah sekitar Alor Setar semakin menjadi perhatian selepas penduduk mula berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial.

Beberapa rakaman dari kediaman sekitar Jalan Langgar menunjukkan bunyi seperti seseorang mengetuk pintu atau bahagian luar rumah pada waktu malam, namun tiada individu kelihatan berada di hadapan kediaman ketika kejadian.

Advertisement

Video-video yang dikongsikan menerusi Threads dan Facebook itu mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen mengenai punca sebenar bunyi berkenaan.

Bunyi Kuat, Tapi Tiada Individu Dalam CCTV

Dalam beberapa rakaman, bunyi ketukan dapat didengar dengan jelas dan berlaku beberapa kali.

Namun apabila penduduk memeriksa kawasan di luar rumah atau melihat semula rakaman CCTV, mereka mendakwa tidak menemui sesiapa.

Situasi tersebut menyebabkan ada pengguna media sosial mengaitkan kejadian itu dengan unsur mistik.

Bagaimanapun, terdapat juga penjelasan lain yang lebih bersifat teknikal apabila sesetengah pengguna mencadangkan kemungkinan bunyi itu berpunca daripada fenomena water hammering.

Netizen Kaitkan Dengan Fenomena ‘Water Hammering’

Pengguna Threads, asyraffrahim berkongsi kemungkinan fenomena water hammering pada sistem paip utama menjadi antara penjelasan kejuruteraan yang munasabah.

Fenomena tersebut merujuk kepada hentakan atau tekanan dalam sistem paip apabila aliran air berubah atau berhenti secara tiba-tiba, yang boleh menghasilkan bunyi kuat.

Menurut perkongsiannya, kejadian dilaporkan berlaku dalam tempoh hampir sama iaitu sekitar 11 malam hingga 12.30 tengah malam, membabitkan kawasan seperti Pekan Langgar, Taman Lelasari dan Tajar.

“Rumah sekitar Pekan Langgar dan Alor Setar yang kena ketuk pintu tu, adakah berkemungkinan disebabkan ini? Sekadar berkongsi,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi bahawa fenomena water hammering merupakan punca sebenar bunyi ketukan yang dilaporkan penduduk.

“Jiran Pun Dengar”

Sebelum ini, beberapa penduduk di Jalan Langgar, Pekan Langgar serta kawasan berhampiran mendakwa terdengar bunyi ketukan misteri pada waktu malam.

ketukan misteri

Seorang pengguna media sosial, nurrfariha mendakwa pintu rumahnya diketuk beberapa kali sebelum pemeriksaan dilakukan, namun tiada individu ditemui.

“Ada tak orang Alor Setar kat sini, rumah kita kena ketuk banyak kali malam-malam buta, jiran pun dengar. Dia check CCTV tunjuk kat abang polis tak nampak apa. Nampak gaya aku pun nak kena pasang juga CCTV ni,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut membuatkan semakin ramai penduduk berkongsi pengalaman hampir sama dan cuba mencari penjelasan terhadap bunyi misteri berkenaan.

Buat masa ini, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan dakwaan mengenai unsur mistik mahupun fenomena water hammering kekal sebagai andaian sehingga terdapat penjelasan rasmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-18 13:08:45

Sangkut 2 Jam Dalam Kesesakan Ketika Hantar Penumpang, Driver Grab Dipuji Kekal Tenang - "Green Flag Sangat Ni"

“Gangguan ‘Cik Cong’ Atau ‘Water Hammer’?” – Penduduk Alor Setar Pula Diganggu Bunyi Misteri Ketukan Pintu Kuat Tengah Malam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts