Pelan Jimat Dengan UNI5G Postpaid – 500GB Data Percuma Hanya RM39 Sebulan 

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 18 Aug 2026 10:30:51

Selepas seharian bekerja, hiburan adalah peneman terbaik sama ada menonton drama Korea atau melayan muzik kegemaran. Namun bila data habis, mood santai boleh hilang sekelip mata. Itulah sebabnya UNI5G Postpaid 39 hadir sebagai penyelamat. Dengan 500GB data percuma, anda boleh terus menikmati hiburan tanpa risau kehabisan data dan kekal berhubung sepanjang masa.

Siapa Kata Pelan Pascabayar Perlu Bayar Mahal?

Ya, ini memang pelan pascabayar (Postpaid). Tetapi siapa kata pelan mantap mesti datang dengan harga tinggi? Ramai masih fikir pascabayar sinonim dengan komitmen besar dan kos membebankan. Hakikatnya, pelan UNI5G Postpaid 39 membuktikan sebaliknya! Sama ada anda pelajar sibuk dengan tugasan, pekerja penuh mesyuarat dalam talia atau sekadar mahu layan hiburan tanpa gangguan, pelan ini melengkapi gaya hidup harian anda dengan lebih mudah dengan hanya RM39 sebulan dan 500GB data percuma!


Apa Yang Ditawarkan Dengan Pelan UNI5G Postpaid 39?

  • 500GB Data Percuma – Bayangkan betapa lega rasanya bila anda tidak perlu risau kehabisan data. Dengan kuota data yang besar, anda boleh belajar, bekerja, bermain permainan mudah alih, menonton drama atau melayari media sosial dengan tenang tanpa gangguan.
  • Panggilan Tanpa Had ke Semua Rangkaian – Anda bebas berhubung dengan sesiapa sahaja pada bila‑bila masa. Sama ada berbual dengan keluarga di kampung atau berbincang projek dengan rakan sekerja, semuanya boleh dilakukan tanpa risau had masa atau caj tambahan.
  • Nikmati Hotspot Sehingga 50GB – Dengan tambahan kuota ini, anda boleh berkongsi internet pantas bersama rakan atau gunakan pada peranti lain tanpa risau kehabisan data.
  • Kelajuan 5G/4G Tanpa Had Sepanjang Hari – Data pantas sentiasa bersama anda di mana sahaja, sama ada menonton video dalam tren, menghadiri mesyuarat dalam talian di pejabat atau memuat turun fail besar di rumah. Semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. 
  • Hiburan Premium pada Harga Istimewa – Selepas seharian sibuk dengan tugasan atau kerja, tiada yang lebih menyenangkan daripada meluangkan masa dengan hiburan berkualiti. Dengan UNI5G Postpaid 39, anda boleh menambah langganan premium seperti Disney+, HBO Max, Viu, iQIYI dan banyak lagi pada kadar serendah RM8.40 sebulan. 
  • Pas Perantauan (Roaming) Harga Mampu Milik – Melancong atau bekerja di luar negara kini lebih mudah dengan pas perantauan data tanpa had serendah RM9 sehari. Sama ada anda bercuti di Bangkok atau menghadiri seminar di Tokyo, talian anda sentiasa tersedia tanpa perlu risau bil meningkat. 
  • Pengurusan Mudah melalui Aplikasi MyUnifi – Segala urusan kini lebih mudah dengan aplikasi MyUnifi. Anda boleh semak penggunaan data, bayar bil atau langgan hiburan premium hanya dengan beberapa langkah ringkas.

Pelan Pascabayar Semua Dalam Satu Hanya RM39 sebulan!

UNI5G Postpaid 39 memang direka khas untuk gaya hidup moden! Dengan hanya RM39 sebulan, anda boleh menikmati data pantas, panggilan tanpa had, hotspot dan hiburan premium dengan harga istimewa dalam satu pelan mudah.  Daftar dalam talian hari ini dan dapatkan baucar Setel bernilai RM30 dengan memasukkan kod promosi Setel30 semasa pendaftaran. Jangan tunggu lagi! Layari unifi.com.my/postpaid dan rasai pengalaman mudah alih yang lebih menyeronokkan sekarang!

Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh unifi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts