Shein Menyasarkan Penyenaraian IPO Pada Nilai $25 Bilion – Suku Daripada Nilai Sekitar 4 Tahun Lepas

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 18 Aug 2026 03:30:52

Shein merupakan salah satu syarikat atas-talian memfokuskan penawaran pakaian dengan konsep rekaan segera dan berubah pantas. Ia mempunyai peminat dan pelanggan tersendiri, terutamanya yang ingin mendapatkan pakaian pada nilai lebih murah berbanding lain, tetapi mempunyai gaya terkini.

Shein pada suatu ketika dulu pernah mencapai nilai menghampiri $100 bilion, malah turut tawarkan kepada Amazon dan Google dalam membeli pegangan pada syarikat berkenaan. Namun, dengan perkembangan Shein yang mula mendatar, selain beberapa negara mula membanteras platform edagang yang menjual barangan China secara murah, ia secara tidak langsung memberikan kesan pada Shein.

Kini, Shein dilihat menyasarkan untuk melakukan penyenaraian di Hong Kong pada nilai sekitar $25 bilion. Shein ingin meraih sekitar $2 bilion melalui penyenaraian ini. Syarikat yang diasaskan pada 2012 berkenaan turut mempunyai pegangan pada jenama Forever 21, dan pelbagai jenama pakaian lain.

Sejak kebelakangan ini, pendapatan dilihat berkembang secara sangat perlahan untuk Shein, dan semestinya dengan hasrat IPO ini, seluruh dunia dan industri akan melihat kepada reaksi pasaran terhadap jenama edagang ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts