Samsung Ialah TV, Monitor dan Sistem Audio Rasmi COD Modern Warfare 4

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 18 Aug 2026 03:30:52

Call of Duty: Modern Warfare 4 akan dilancarkan hujung Oktober dan hari ini Samsung mengumumkan mereka ialah rakan rasmi untuk TV, monitor, soundbar dan speaker Wi-Fi rasmi permainan ini. Modern Warfare 4 akan menyokong format HDR10+ Gaming untuk warna dan kontras lebih tepat dan nisbah skrin 32:9 pada monitor Samsung Odyssey G9.

Dengan kerjasama rasmi ini, Samsung turut akan menawarkan akses Beta awal kepada pelanggan menerusi Samsung Promotion. Mereka boleh menikmati akses Beta tertutup yang dibuka hujung minggu ini. Disamping itu, produk Samsung akan digunakan untuk memperlihatkan Modern Warfare 4 di acara Gamescom 2026 hujung bulan ini.

Samsung jarang menjadi rakan rasmi permainan video pada produk AV mereka. Sebelum ini kerjasama hanya dilakukan pada peranti mudah alih contohnya semasa Fortnite ditawarkan menerusi Galaxy Store beberapa tahun lalu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts