OPPO Lancar Kemas Kini Terbaru ColorOS 16 Dengan Sejumlah Ciri Baharu

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 19 Aug 2026 07:30:10

OPPO kini memperkenalkan kemas kini terbaharu untuk ColorOS 16 yang membawa beberapa penambahbaikan pada aspek penyesuaian, kamera serta pengalaman penggunaan harian.

Animasi, ikon cap jari kini boleh disesuaikan

Kemas kini terbaharu ini menambah pilihan animasi untuk buka kunci menggunakan cap jari, bersama beberapa gaya ikon baharu. Pengguna boleh menggabungkan gaya ikon dan animasi tersebut mengikut citarasa masing-masing, menjadikan pengalaman membuka kunci lebih peribadi.

‘Filter’ kamera baharu

Dalam aplikasi Kamera pula, OPPO menambah dua filter baharu iaitu Primrose dan Bold B&W. Primrose memberikan pilihan untuk menghasilkan imej dengan suasana lebih ‘warm’, manakala Bold B&W menawarkan gaya fotografi monokrom yang lebih dramatik.

Pratonton Contact Poster

ColorOS 16 turut memperkenalkan ciri pratonton untuk Contact Poster. Pengguna kini boleh melihat dan memperibadikan poster tersebut terlebih dahulu sebelum menetapkannya, termasuk menentukan bagaimana ia akan dipaparkan ketika berhubung dengan rakan dan keluarga.

Prestasi sistem, Face Unlock lebih lancar

Dari segi prestasi, kemas kini ini menambah baik transition animations ketika membuka dan bertukar antara aplikasi dalam bahagian Recent Tasks, sekali gus menjadikan penggunaan multitugas lebih lancar dan responsif. Ia turut membolehkan pengguna menambah profil wajah sandaran untuk buka kunci peranti, termasuk ketika memakai cermin mata atau solekan.

Selain itu, OPPO turut menyertakan penambahbaikan sistem secara umum untuk pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan stabil, bersama pengoptimuman prestasi bagi meningkatkan respons keseluruhan sistem.

OPPO menyatakan ColorOS direka untuk terus berkembang seiring dengan keperluan pengguna. Melalui kemas kini berkala, ColorOS 16 terus menerima penambahbaikan yang memudahkan pengguna menyesuaikan dan berinteraksi dengan telefon pintar mereka.

{suggest}

OPPO Lancar Kemas Kini Terbaru ColorOS 16 Dengan Sejumlah Ciri Baharu WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts