PRO-NET Akan Perkenal Stesen Pengecasan Berjenama e.MAS – Pemilik e.MAS Bakal Nikmati Kadar Istimewa

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 19 Aug 2026 07:30:11

Proton e.MAS akan memperluas kemudahan pengecasan EV di Malaysia menerusi kerjasama dengan tiga pengendali titik pengecasan (CPO), iaitu DC Handal, JomCharge dan chargEV.

Menerusi kerjasama strategik itu, PRO-NET akan memperkenalkan stesen pengecasan berjenama Proton e.MAS di lokasi-lokasi awam strategik di seluruh negara. Pelaksanaannya dijadualkan bermula pada suku ketiga 2026, bermula di lokasi tumpuan sebelum diperluaskan ke lebih banyak kawasan.

Menariknya, pemilik Proton e.MAS yang mengecas di stesen yang terlibat boleh menikmati kadar pengecasan istimewa sekiranya membuat bayaran melalui aplikasi Proton e.MAS. Bagaimanapun, PRO-NET setakat ini belum mendedahkan kadar atau bentuk tawaran khusus yang akan diberikan.

Foto: PRO-NET

Kerjasama tersebut turut melibatkan inisiatif penjenamaan dan pemasaran di kemudahan pengecasan EV yang terlibat, selain menyokong peluasan infrastruktur pengecasan serta meningkatkan pengalaman pengecasan bagi pemilik Proton e.MAS.

Ketika ini, pemilik e.MAS boleh mengakses lebih 4,700 titik pengecasan melalui aplikasi Proton e.MAS, yang meliputi lebih 90% kawasan di Malaysia. Peta Pengecasan Langsung juga tersedia dalam kenderaan e.MAS bagi membantu pengguna mencari kemudahan pengecasan.

PRO-NET berkata kadar pengecasan dan pengaturan khusus akan dipersetujui bersama dengan CPO yang terlibat.

{suggest}

PRO-NET Akan Perkenal Stesen Pengecasan Berjenama e.MAS – Pemilik e.MAS Bakal Nikmati Kadar Istimewa WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts