“Aku Dah Pernah Jadi Jahat, Pukul Orang, Kena Pukul…” – Ammar Alfian Cari Sumber Pendapatan Kedua, Kini Jadi Ejen Hartanah

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 19 Aug 2026 10:01:07

Pelakon Ammar Alfian mendedahkan dirinya kini mula menceburi bidang hartanah sebagai ejen, sekali gus mencuba cabang kerjaya baharu di luar dunia lakonan.

Ammar atau nama lengkapnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkongsi perkembangan tersebut menerusi satu hantaran di media sosial.

Advertisement

Menurut pelakon filem Paskal itu, meskipun ada yang mungkin menganggap peralihannya daripada pelakon kepada ejen hartanah sebagai sesuatu yang pelik, dia melihat langkah berkenaan sebagai usaha untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Bila seorang pelakon menjadi ejen hartanah, ia dianggap pelik. Tapi sejujurnya, saya rasa bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja adalah sesuatu yang agak gila.

Ammar Alfian Mahu Bermula Dari Bawah

Ammar berkata dia tidak keberatan bermula dari bawah dalam industri hartanah dan mahu berkongsi perjalanan tersebut secara terbuka bersama pengikutnya.

Menurut Ammar, pengalaman bertahun-tahun dalam industri hiburan membuatkan dia sedar kehidupan boleh berubah dan dirinya tidak mahu hanya bergantung kepada pendapatan daripada lakonan.

Saya sudah bertahun dalam dunia hiburan, sudah jadi hero, penjahat, pukul orang, kena pukul dan sebagainya.

Tetapi kehidupan berubah dan saya ambil keputusan untuk tidak bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.

Netizen Puji Usaha Cari Rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Ammar atas langkah baharunya itu.

Tidak kurang juga yang memuji kesungguhan pelakon berkenaan untuk terus berusaha mencari sumber rezeki lain meskipun sudah mempunyai nama dalam industri hiburan.

Apa pun, Ammar kini bersedia memulakan perjalanan baharu sebagai ejen hartanah dan turut berhasrat berkongsi pengalaman, cabaran serta kejayaannya dalam bidang tersebut kepada pengikut di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah macwilson
2026-08-19 15:08:19

"Dia Sebenarnya..." - Aiman Hakim Ridza Titip Pesanan Buat Isteri Tersayang Zahirah MacWilson

“Aku Dah Pernah Jadi Jahat, Pukul Orang, Kena Pukul…” – Ammar Alfian Cari Pendapatan Kedua, Kini Jadi Ejen Hartanah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts