by Oh! Semput
HONOR memaklumkan bahawa mereka akan memperkenalkan dua robot humanoidnya, A1 dan D1, di Malaysia sempena Malaysia Marathon dan Perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Ini sekali gus akan menjadikan Malaysia sebagai kemunculan antarabangsa pertama teknologi robotik di luar China yang menyaksikan kehebatan inovasi ini.
Robot D1 akan tampil di Perarakan Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Pavilion Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2026, di mana D1 akan terbabit dengan larian melibatkan laluan sejauh 10KM, bermula dari Pavilion Kuala Lumpur pada 12:00 AM.
Sementara itu, A1 pula akan turut serta dalam acara larian maraton yang akan turut disertai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kategori 5KM, bermula pada 7:30 pagi dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Kedua-dua robot humanoid HONOR ini akan membuat penampilan istimewa di gerai HONOR di KLCC dan Pavilion Kuala Lumpur dari 29 hingga 30 Ogos 2026, di mana pengunjung bertuah boleh melihat dari dekat dan mengambil gambar bersama mereka.
Selepas penampilan mereka di maraton itu, A1 dan D1 akan menuju ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan.
Ini menandakan kemunculan HONOR sebagai kontinjen perarakan dan menjadikannya jenama telefon pintar pertama yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di negara ini.
{suggest}
2 Robot Humanoid HONOR Bakal Sertai Malaysia Marathon 2026 WISER.MY.