Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Akan Memantau Lokasi Pantai Di Kuantan Susulan Fenomena Cahaya Kebiruan Atau 'Blue Tears'

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 24 Jul 2026 13:32:00

KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menempatkan anggota bagi memantau orang ramai yang berada di Pantai Tembeling, Pantai Pelindung dan Pantai Cempedak, di sini, susulan fenomena cahaya kebiruan atau 'blue tears'.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata pemantauan secara berkala itu untuk memastikan keselamatan orang ramai, khususnya pengunjung selepas tertarik dengan fenomena cahaya kebiruan pada waktu malam selepas tular di media sosial sejak seminggu lalu.

Justeru, pihaknya menasihati orang ramai tidak terlalu asyik dengan pemandangan indah fenomena itu, sebaliknya mementingkan keselamatan diri untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya sudah mengarahkan anggota APM Kuantan untuk meninjau daripada aspek kesiapsiagaan keselamatan orang awam yang berada di pantai berkenaan secara berkala.

"Kita menasihati orang awam tidak berada di gigi air atau tepi pantai kerana keasyikan melihat lihat fenomena cahaya kebiruan boleh terleka dan kemungkinan tidak sedar berlaku kejadian air pasang.

"Fenomena ini juga berlaku pada lewat malam dan awal pagi yang berkemungkinan boleh berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak minggu lalu, tular video orang ramai yang teruja apabila melihat fenomena cahaya kebiruan di Pantai Tembeling.

Kejadian yang jarang dilihat itu menjadikan beberapa pantai di daerah ini, khususnya Pantai Tembeling menjadi tumpuan orang ramai terutama pada lewat malam dan awal pagi.

Ini kerana fenomena cahaya kebiruan dapat dilihat lebih jelas pada waktu berkenaan berbanding antara jam 8 malam hingga 11 malam.

Difahamkan, kejadian berkenaan didapati mempunyai ciri biopendarcahaya atau bioluminescence iaitu fenomena semula jadi yang berlaku apabila organisma marin tertentu menghasilkan cahaya melalui tindak balas biokimia. #beritaharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts