Rider GrabFood Tak Lari Dari Tanggungjawab, Cari Pemilik Xpeng Untuk Ganti Rugi, Sekali Ini Pula Reaksi Owner

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 23 Jul 2026 10:02:41

Seorang penghantar makanan meraih pujian ramai selepas memuat naik satu hantaran di media sosial bagi mencari pemilik sebuah kereta elektrik Xpeng bernombor pendaftaran JXP 2888 yang dipercayai terlanggarnya ketika kenderaan itu diparkir.

Menurut rider berkenaan, kejadian berlaku ketika hujan lebat. Disebabkan keadaan cuaca, dia tidak sempat menunggu pemilik kenderaan untuk memohon maaf secara bersemuka sebelum mengambil keputusan mencari individu tersebut menerusi media sosial.

Advertisement

gdg

Tujuannya hanya satu, iaitu untuk bertanggungjawab atas kesilapan yang berlaku serta membayar kos kerosakan pada kenderaan tersebut.

Tidak lama kemudian, pemilik kereta yang dikenali sebagai Phil Wong menghubunginya menerusi mesej peribadi.

Apa yang menyentuh hati ramai, Phil Wong memaklumkan bahawa dia akan membaiki keretanya sendiri dan tidak meminta rider itu membayar ganti rugi. Malah, dia turut berpesan agar penghantar makanan itu sentiasa menjaga keselamatan ketika bekerja.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji kejujuran rider GrabFood kerana tidak melarikan diri daripada tanggungjawab, selain menghargai sikap bertimbang rasa yang ditunjukkan oleh Phil Wong.

Ramai menyifatkan insiden itu sebagai contoh bahawa kejujuran dan sifat saling memahami masih wujud dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

signboard ipoh
2026-07-23 10:30:19

Tular Tulisan Cina Di Bukit ‘IPOH’, Majlis Bandaraya Ipoh Beri Penjelasan

Rider GrabFood Tak Lari Dari Tanggungjawab, Cari Pemilik Xpeng Untuk Ganti Rugi, Sekali Ini Pula Reaksi Owner first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts