Pocky Sambut Ulang Tahun Ke-60 & Hari Persabahatan Sedunia Dengan Meraikan Momen Bersama Sahabat Tersayang

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 23 Jul 2026 10:02:43

Ada makanan yang kita makan sebab lapar. Ada juga makanan yang buat kita teringat pada seseorang.

Bagi ramai orang, Pocky bukan sekadar snek. Dari zaman sekolah, ada yang biasa berkongsi sebatang dua dengan kawan sebelah meja. Ada yang jadikan Pocky sebagai peneman ketika ulang kaji, atau sekadar snek untuk dikongsi ketika keluar bersama orang tersayang.

Advertisement

Kadang-kadang, perkara kecil seperti menghulurkan sebatang Pocky kepada kawan pun sudah cukup untuk mencipta satu senyuman.

Sempena ulang tahunnya yang ke-60 dan Hari Persahabatan Antarabangsa, Pocky meraikan momen-momen kecil yang menjadikan persahabatan lebih bermakna menerusi kempen #ConnectWithASmile.

Senyuman Kecil, Memori Yang Kekal Selamanya

Dalam kehidupan seharian, ada banyak cara untuk kita mencipta momen yang menggembirakan bersama orang tersayang.

Mungkin sekadar meluangkan masa bersama kawan-kawan selepas lama tak berjumpa, mengambil wefie untuk mengabadikan satu hari istimewa, atau berkongsi sesuatu yang boleh membuat semua orang tersenyum.

Kadang-kadang, momen seperti inilah yang paling kita hargai.

Pocky, Teman Untuk Dikongsi Bersama

Semangat untuk berkongsi kegembiraan inilah yang dekat dengan Pocky menerusi #ConnectWithASmile.

Daripada satu batang yang dikongsi bersama, kepada gelak tawa dan kenangan yang tercipta, Pocky percaya bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada perkara besar.

Cukup dengan meluangkan masa bersama orang yang kita sayang, berkongsi cerita dan menikmati snek kegemaran bersama-sama.

Pocky Coklat Kini Lebih Padu & Lebih Rangup

Dengan Pocky Chocolate sebagai antara pilihan kegemaran, kini ia tampil dengan rasa yang lebih coklat dan tekstur biskut yang lebih rangup, menjadikan setiap gigitan lebih memuaskan untuk dinikmati sendiri atau dikongsi bersama.

Selain Pocky Chocolate, anda juga boleh menikmati pilihan perisa lain seperti Pocky Strawberry, Pocky Matcha, Pocky Double Chocolate, Pocky Milk serta Pocky Cookies & Cream.

Apa sahaja pilihan anda, Pocky sentiasa sesuai untuk menemani segala momen daripada sesi lepak santai bersama kawan, menonton rancangan realiti kegemaran, sehinggalah sekadar berkongsi satu pek sambil bercerita tentang kehidupan.

Kerana pada akhirnya, bukan tentang snek semata-mata.

Tetapi tentang siapa yang kita pilih untuk berkongsi dengannya, senyuman yang tercipta dan memori kecil yang akan kita ingat untuk masa yang lama.

Sempena ulang tahun Pocky yang ke-60, apa kata kita raikan lebih banyak momen bersama orang tersayang dan terus #ConnectWithASmile.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti Pocky Malaysia di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Pocky Sambut Ulang Tahun Ke-60 & Hari Persabahatan Sedunia Dengan Meraikan Momen Bersama Sahabat Tersayang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts